10 MEI 2021, KAMPONG BEBATIK KILANAS –

Dalam memperingati bulan suci Ramadhan, pegawai-pegawai dan kakitangan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Holdings Sendirian Berhad dan Darussalam Holdings Sendirian Berhad telah mengadakan majlis Tadarus Al-Quran dan Tahlil di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kampong Bebatik, Kilanas.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Rtd) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan II selaku Pengerusi Lembaga Pengarah TAIB.

Turut hadir adalah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal) selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah TAIB; Yang Mulia Dr Haji Awang Abdul Manaf bin Haji Metussin, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi) selaku Penasihat Ahli Jawatan Kuasa Masijd Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit; Yang Mulia Awang Haji Dennie bin Haji Abdullah, Pegawai Instinbat Kanan Pejabat Mufti selaku Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah TAIB; ahli-ahli Lembaga Pengarah TAIB dan anak syarikatnya; ahli-ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah TAIB dan anak syarikatnya; Pengarah Urusan TAIB dan anak syarikatnya; tetamu jemputan; Ketua Kampung Bebatik; pegawai dan kakitangan TAIB dan anak syarikatnya serta penduduk kampung.